Pages

Showing posts with label amigurumi. Show all posts
Showing posts with label amigurumi. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

~WhAt Is AmIgUrUmI?~

Assalamualaikum semua (^_^)..

Hari ini Angel penuhkan waktu lapang dengan aktiviti favourite Angel. Nak tau ape?? Blogwalking!!
Masa Angel ber'blogwalking tu Angel terjumpa anak patung yang sangat cummmmmmmmeelllllll!
Serius! Memang comel.. Kenapa? Tak percaya? Cube tengok pic ni...

Betul tak? Angel tak tipu kan? hehe
Angel pun search tentang Amigurumi ni, rupe-rupenyer amigurumi ni berasal dari seni crochet/knitting Jepun (memang kreatif la org-org Jepun ni huhu..).Perkataan amigurumi tu sendiri kombinasi dari perkataan 'ami' bermaksud crochet@knitting dan 'nuigurumi' bermaksud stuffed doll.Selain anak patung bentuk haiwan,amigurumi juga dibuat dalam bentuk lain seperti watak2 anime yang menjadi trend dalam budaya masyarakat Jepun.

Amigurumi ni tak ade fungsi ape-ape pun.Ade yang suke pasal benda ni comel je.Selain menjadi koleksi kesayangan peminat 'kipas susah mati',boleh juga bagi anak-anak wat main pondok-pondok hahahaha....
Secara fakta amigurumi dikhabarkan menjadi item yangg paling popular di Etsy.Biasanya dijual pada harga $10 hingga $100 (huih! mahal tu!)

Senang je nak wat Amigurumi ni sebenarnyer,kita cuma perlu tahu asas crochet seperti single crochet (double crochet klu term UK) oppss.. knit pun boleh (tp Angel tak tahu knit :( ). Biasanyer hook yang digunakan lebih kecil daripada hook untuk project biasa (Angel belasah guna hook biasa ikut saiz benang :P).
single crochet
Isi dalaman amigurumi biasanyer disumbat dengan polyester @ cotton craft stuffing (Angel guna cotton yang diorang biasa guna untuk baby ala.. yang gulung-gulung macam bantal peluk tu.. )
Amigurumi dibuat secara section by section contoh nya kaki,tangan,kepala kemudian dicantumkan satu per satu melainkan menatang tu tidak mempunyai sendi.. kaki, tangan, kepala la huhuhu

Hurmm.. Sampai sini je dulu ye.. Angel da ngantuk la.. nk tito.. Assalamualaikum (^_^)

Saturday, August 13, 2011

~AnGrY biRd !!!~

Salam....
Hello!!
Bertemu lagi dalam post kali ini.Mmmm...agak2 nyer ape yang Angel nak post kali ni ea??
Pasti ramai yang gemar main games ni kan?

Angel tak pernah main lagi...Tp,Angel tertarik nak buat project Angry Bird ni sebab kawan2 Angel dah ramai yang addicted dengan games ni...

Inilah hasilnya....ok tak??
Angel dapat pattern ni dekat sini http://www.ravelry.com/patterns/library/angry-bird-the-red-bird
Free je..try la! :)
Ok,sampai di sini saja
Jumpa lagi next post....

Saturday, August 6, 2011

~My FiRst EveR AmiGuruMi HeaRt~

My First Amugurumi Heart

The 2nd one.

3rd one..

Baru jadi 3....
Hari ni kali pertama Angel buat amigurumi... Mula2 mmg susah,terpusing2 la jugak..tp, bila dah jadi...rasa ketagih pulak hehehe....yang ni saiz yang paling kecil... esok nk try buat yang besar sikit (medium size)
Jumpa lagi next post k.... Bubye!!